Tarikh : 23 Januari 2014
Masa : 9.00 pagi - 12.00 Tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kampong Bukit Chendering
Kehadiran : 30 orang
Wednesday, January 22, 2014
SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Mengapakah KSSR diperkenalkan?
|
||||||||||||||
Jawapan :
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Apakah maksud Kurikulum Standard?
|
||||||||||||||
Jawapan :
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut: - Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. - Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
|
||||||||||||||
Jawapan :
|
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Adakah terdapat perubahan mata pelajaran
dalam KSSR Tahap Satu?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Mengapakah Modul
Teras Tema diperkenalkan?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras
Asas?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan
Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi
mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan
masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat
kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
|
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Bolehkah sekolah membuat penjurusan
(streaming) dalam KSSR?
|
||||||||||||||
Jawapan :
KSSR tidak mengalakkan penjurusan. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang
bersahsiah?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang
keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki
daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti
kokurikulum.
|
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan
Teknologi?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak
digunakan dalam P&P?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains
dan Teknologi?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Berapakah bilangan minimum dan maksimum
standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar
dalam seminggu?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau maksima yang
ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza.
Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu
dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam
DSK TMK.
|
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Adakah murid akan berasa bosan di kelas
dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak
mencapai standard yang ditetapkan?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Adakah buku teks disediakan bagi semua mata
pelajaran tahun 1?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Adakah semua murid belajar menggunakan
komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum - Teknologi Maklumat dan
Komunikasi?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu: • Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan
sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai
capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan
guru bagi pelaksanaan KSSR?
|
||||||||||||||
Jawapan :
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru
dan murid dalam p&p?
|
||||||||||||||
Jawapan :
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Apakah saluran yang disediakan oleh
guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
|
||||||||||||||
Jawapan :
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan
seks diajarkan?
|
||||||||||||||
Jawapan :
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai
komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
|
Sistem PBS : Kerajaan jamin atasi kelembapan internet
Kementerian
Pendidikan memberi jaminan isu kelembapan liputan internet sehingga menimbulkan
masalah kepada guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diatasi
mulai sesi persekolahan Januari 2014.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata kerajaan sedar dan memandang serius keluhan guru mengenai sistem itu terutama aduan liputan internet yang sangat tidak memuaskan sehingga melambatkan proses pentaksiran dan menambah beban tugas mereka.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata kerajaan sedar dan memandang serius keluhan guru mengenai sistem itu terutama aduan liputan internet yang sangat tidak memuaskan sehingga melambatkan proses pentaksiran dan menambah beban tugas mereka.
Katanya, sistem PBS dihentikan ketika cuti sekolah untuk membolehkan usaha naik taraf liputan internet, sekali gus mengatasi masalah dihadapi sistem itu yang diwujudkan bukan untuk membebankan guru, tetapi bagi menyediakan pentaksiran pelajar secara lebih holistik dan bukan berlandaskan pemeriksaan semata-mata.
“Dalam pelaksanaan sistem ini, banyak cabaran dihadapi. Saya bagi pihak kementerian memohon maaf kepada semua guru kerana hasrat kita bukan untuk bebankan mereka. Kita dalam proses cari penyelesaian,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat kementerian berkenaan.
Dalam sesi perbahasan sebelum itu, beberapa Ahli Parlimen menyuarakan rasa tidak setuju terhadap pelaksanaan PBS yang mengundang banyak aduan guru. Ada yang mahu ia dimansuhkan kerana bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah tidak sesuai untuk sesetengah kawasan luar bandar yang ada masalah bekalan elektrik.
Sementara itu, Kamalanathan berkata, kementerian membekukan lesen sementara (moratorium) penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) selama dua tahun mulai Februari lalu bagi memastikan pembukaan IPTS baru adalah terkawal, manakala penawaran kursus dan tempat pengajian tidak melebihi permintaan.
Sumber: Berita Harian (20 November 2013)
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem
pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK
merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian
pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem
yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk
menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji
penguasaan dan pencapaian.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS merupakan satu usaha
untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap
penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan
pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN)
dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS mula dilaksanakan
di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah
Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah
akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan
dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.
1
|
APAKAH PBS?
|
PBS merupakan satu
pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS dioptimumkan untuk
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan
autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang
dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran
yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam
sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
v Pentaksiran Sekolah
v Pentaksiran Pusat
v Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
v Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah
(PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran
kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan
rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP)
pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian
murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan,
aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya
penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat
murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar
selain sekolah).
Pentaksiran
Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk
mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability)
semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini
tidak berasaskan kurikulum.
2.
|
APAKAH OBJEKTIF PBS?
|
Objektif pelaksanaan
PBS adalah untuk:
· mendapatkan gambaran
secara keseluruhan tentang potensi individu
· memantau pertumbuhan dan
membantu meningkatkan potensi individu
· membuat pelaporan
bermakna tentang pembelajaran individu
Kesimpulannya PBS akan
memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara mencapai taraf
antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.
.
3
|
SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?
|
Semua subjek yang
diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.
4
|
BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?
|
Bagi memastikan
kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard
Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu
disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard
Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.
Guru diberi
pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa
pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran
atau pun di akhir tahun.
Untuk mentaksir guru
tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak
dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui
pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga
kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih
mengenali murid mereka.
5
|
APAKAH KELEBIHAN PBS?
|
Dalam usaha
penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk
melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian
prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang
sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang
dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan
Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain
tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan
dan pertumbuhan (growth) murid
dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.
Murid-murid dinilai
secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap
dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek
tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab
mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai
insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
6
|
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND/TAHAP PENGUASAAN?
|
Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan
berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti 81% atau
pun gred A,B,C,D.
BAND/TAHAP
PENGUASAAN
|
STANDARD
|
6
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Mithali
|
5
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Terpuji
|
4
|
Tahu, Faham dan Boleh
Buat dengan Beradab
|
3
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat
|
2
|
Tahu dan Faham
|
1
|
Tahu
|
Di Band 1, murid tahu
perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas
terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu
mengenal angka 1,2,3 ....
Di Band 2, murid
menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu
dan faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat
daripada 48 kg.
Di Band 3, murid boleh
menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah
tambah, tolak, darab dan bahagi.
Murid yang telah
mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.
Di Band 4, murid
melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan
sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi
tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.
Di Band 5, murid
melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan
mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti
Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji
telur berharga 20 sen?
Dan akhir sekali, di
Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan
inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan
serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan
menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam
masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00
tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama
kualiti dengan harga RM20.00.
Band 3 boleh
disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti
pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.
PBS memberi autonomi
kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS
membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah
menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.
Wajar diingat bahawa PBS
tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur
bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah
diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan
kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa
menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang
diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS
bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk
perkembangan individu.
7
|
ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?
|
Sekiranya diurus dan
dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak
manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.
Bagi membantu guru
melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru
tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor
perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila
diperlukan.
8
|
BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?
|
Kebolehpercayaan
kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan
kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai
bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.
Penjaminan kualiti bagi
pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
a. Pementoran
b. Penyelarasan
c. Pemantauan
d. Pengesanan
Pementoran adalah proses
membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut
prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara
formal dan tidak formal.
Penyelarasan adalah
proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang
disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh
dipercayai.
Pemantauan pula ialah
proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang
ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan
penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat
sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat
dalam proses ini.
Pengesanan pula adalah
proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang
digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran
instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.
Penjaminan Kualiti oleh
guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru
Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan
baik seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan
atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin
kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi
tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.
9
|
ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?
|
PBS bukan konsep baru.
Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah kaedah yang
sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap
kemahiran yang diajar.
10
|
PENUTUP
|
Pentaksiran pendidikan di
Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi
memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang
harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Apa yang jelas, proses
penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi
gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi
bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai
pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih
cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat
awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi
sahsiah, sukan dan kokurikulum.
Murid-murid dinilai
secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang
lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri
seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang
berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .
Pentaksiran yang
berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan
sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu
pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran.
SUMBER :LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN
Subscribe to:
Posts (Atom)