PROF. MADYA DR. ZARIDA HAMBALI
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM
1. Apa itu Stres?
Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi
dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan
penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam
jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas
fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan
kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.
2. Adakah stres sesuatu yang bahaya?
Tidak .
Graf Stres Hans Selve
Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah
kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada
kerja.
Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu
akan mengalami tekanan dan menunjukkan
tanda-tanda stres
3. Tanda & Gejala
3.1 Fizikal
•
Gementar
•
Berpeluh
• Rasa Seram
sejuk
• Tangan dan
kaki rasa sejuk
• Sakit kepala
atau rasa mual/nak muntah
• Bernafas
laju
• Kering
mulut
• Kerap buang
air kecil
• Kerap buang
air besar
• Cirit
Birit
• Kurang
selera makan
• Mudah dapat
serangan penyakit:
o Asma
o Sakit
belakang badan
o Masalah
penghadaman
o Sakit
kepala
o
Gatal-gatal
• Masalah
hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual
• Sakit-sakit
badan
• Cepat
letih
3.2. Psiko logikal
•
Kebimbangan
• Keliru dan
kurang daya tumpuan
• Sukar
kawalan diri
• Perubahan
emosi:
o Tekanan
perasaan
o
Kekecewaan
o Mewujudkan
permusuhan
o Rasa tak
berdaya
o Kurang sabar
dan cepat marah
o Lemah
Semangat
• Susah nak tidur
• Mudah
terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak
3.3 Gangguan Fikiran
• Sukar membuat
keputusan
• Kurang minat
terhadap aktiviti harian
• Tidak merasa
tercabar terhadap situasi yang sukar
• Pemikiran
positif terganggu disebabkan
• Sering
berfikiran negatif
• Kurang
memberi perhatian
o Hilang
keyakinan diri
o Hilang tumpuan
o Penurunan
kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut,
kecewa dan cepat marah
3.4 Tingkah laku
• Bercakap
dengan cepat dan kuat
• Menguap
• suka gigit
jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
• Perasaan
yang negatif:
o Mudah
tersinggung
o Terlalu
bergantung kepada orang lain
o Suka memberi
komen dan kritik orang lain
o Boleh
bertindak ganas
o Bertindak
secara tidak logik
o Bertindak
keterlaluan dan terlalu beremosi
• Kurang
Kecekapan diri:
o Mudah
lupa
o Selalu
membuat kesilapan
o Sering
terlibat kemalangan
• Kurang
produktiviti kerja
• Menindakkan
keupayaan diri sendiri
4. Punca stress :
4.1. di tempat kerja
• Jenis kerja
- kerja yang menjemukan atau kerja yang
berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa
•
Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja
sendiri
• Hubungan
rakan sejawat
- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual
• Persekitaran
yang tidak selesa
- bising, kawasan yang kotor, pencemaran, panas dan
sempit ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
• Pengurusan
dan organisasi
- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan
yang tidak lengkap kenderaan,
kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti
tiada kursus dan sukar
untuk naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau
polisi
-waktu kerja yang tidak fleksibel.
•
Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga
Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini
ialah:
o Beban kerja
yang tinggi atau terlalu kurang
o Dibebani
oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
o Menghadapi
banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
o Tekanan dari
segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
o Kurang
kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
o Perubahan
dasar dan prosedur di tempat kerja
o Kurang
mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
o Tidak jelas
tentang objektif yang hendak dicapai
o Tidak jelas
tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
o Dibebani
dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
o Tekanan
perkembangan kerjaya seperti:
ƒ
Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan
sekarang
ƒ
Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
ƒ
Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
ƒ
Tiada peluang kenaikan pangkat
ƒ
Tiada jaminan pekerjaan
o Tekanan
daripada organisasi atau pelanggan seperti
ƒ
Tekanan dari pihak atasan
ƒ
Campur tangan terhadap bidang tugas
ƒ
Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
ƒ
Gangguan terhadap perancangan kerja
ƒ
Gangguan telefon
o Tekanan atas
diri sendiri dan keluarga seperti:
ƒ
Masalah kewangan
ƒ
Masalah hubungan dengan keluarga
ƒ
o Penyakit yang dialami
ƒ
o Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan
penceraian
4.2 Lain-lain punca stres
a. Stres
Ancaman (survival) :
Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam
sama ada dari segi emosi,
fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi
ancaman yang sedang dihadapi.
b. Stres dalam
diri sendiri:
Di mana anda adalah seorang yang mempunyai
personaliti Jenis A iaitu bercita-cita
terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam
semua kerja, terlalu
mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang
tinggi. .
Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang
sukar dicapai. Lima
harapan
kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu
adalah:
o Anda
mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
o Anda
menggagap diri anda kompeten setiap masa
o Anda
mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
o Anda
mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang dikehendaki
oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda
o Anda
mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda
c. Stres
disebabkan bahan kimia dan pemakanan
•
"Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda
meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
• Peningkatan
kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh
memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini
menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi
kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang
mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi
• Pengambilan
garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan
meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.
5. Komplikasi
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan
yang teruk kepada diri anda.
Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah
ini, sekiranya tidak, ia akan
memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:
• Mudah
keletihan dan cepat penat
•
Kekecewaan
• Hilang
semangat ( "burn out" )
6. Cara mengurangkan stres
• Mengubahsuai
punca stress dengan :
- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti
polisi, prosedur dan masa yang tidak
fleksibel
• Mengelak
stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi
kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat
• Meningkatkan
ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan
seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman
pernafasan dan relaksasi
otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat,
zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)
7. PERUNDANGAN
• Seksyen 15,
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menetapkan tugas am bagi majikan
untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dan menjamin
kesejahteraan pekerja. Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat termasuk
memastikan bahawa tiada kesan negative daripada factor-faktor seperti
kebisingan, bau, pencahayaan, suhu, kelembapan, pengalihudaraan, habuk, getaran
dan bahan berbahaya.
• Majikan juga
hendaklah mengamalkan budaya tempat kerja yang berkualiti seperti mengutamakan
persekitaran kerja yang terbuka, mengamalkan dialog dan perhubungan secara
meluas, memberi peluang samarata dan tiada diskriminasi serta memastikan
penyelesaian masalah bersama. Masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh
diselesaikan oleh Jawatankuasa OSH
yang ditubuhkan di bawah Seksyen 30.
• Akta
Pekerjaan 1955 mengandungi peruntukan khas bagi mengawal masa kerja termasuk
hari rehat, kepanjangan masa kerja, masa rehat, kerja shift dan jumlah kerja
lebih masa.
STRES DAN KESIHATAN
Prof. Madya Dr. Zarida Hambali
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM
Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif.
Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam kehidupan harian kita. Melalui
keadaan tertekan kita dapat meningkatkan
keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap
cabaran kehidupan.
Sebaliknya, stres memberi kesan yang tidak baik
apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai
negatif. Pengurusan stres yang tidak sempurna akan mengakibatkan perasaan
ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal untuk meningkatkan daya
ketahanan diri.
Stres, cemas, risau dan berkelakuan agresif
menunjukkan peningkatan yang ketara kebelakangan ini. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, stres dilabel sebagai ’Penyakit’ abad ke 20
dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa stres ialah
Epidemik Dunia. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) juga
menjangkakan bahawa stres merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada semua 5 penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung,
kemurungan melampau, kemalangan jalanraya, strok dan penyakit paru-paru yang
kronik menjelang tahun 2020. Satu kajian
di Amerika berkaitan stres yang melibatkan 2, 152 responden menunjukkan bahawa
orang yang sentiasa mengalami stres mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk
menghidap hipertensi, kerisauan melampau, kemurungan atau obesiti.
Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar
prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi
iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang
sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah
kesihatan berkaitan mental.
Apa akan berlaku jika terlalu lama berada di dalam
keadaan tertekan?
• Mengurangkan
daya pertahanan badan - mudah diserang penyakit
• Menambahkan
lagi keparahan penyakit yang sedang dialami
• Menyumbang
kepada wujudnya masalah kesihatan pada masa akan datang contohnya
Tekanan Darah Tinggi, Paras Kolesterol yang tinggi,
Penyakit Jantung dan Penyakit Angin
Ahmar (Strok)
• Timbul
masalah psiko logikal contoh : keresahan, kemurungan, masalah pemakanan
dan masalah tidur 2 Zarida.H_Public Talks
2008/Jabatan Akaountan Negara
• Kurang
kemahiran menyelesaikan masalah mengakibatkan anda tidak mengamalkan cara hidup
yang sihat, contoh: menghisap rokok, ketagihan arak, penyalahgunaan dadah dan
bergaduh
7 Langkah Untuk
Mencapai Matlamat & Kejayaan
Prof. Madya Dr. Zarida Hambali
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM
Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam
kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah
yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:
1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin
- Keinginan
tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Duduk dan tulis semua
keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala
keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya.
2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat
Anda
TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kira
dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda
itu.
4. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda
atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan
yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan,
pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
5. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti
mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai; optimumkannya, sempurnakannya.
Pesan Peter Drucker,: Cara terbaik meramal masa hadapan ialah dengan
meWUJUDkannya. (The best way to predict the future is to create it).
6. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang
yang nampak tujuannya dengan jelas
dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." -
Cecil B. DeMille. Kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari
fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan
SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan
kepada kejayaan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa
terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.
Fokuskan segala perhatian
dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda
pada waktu yang anda sendiri tetapkan InsyaAllah, dengan diiringi doa,
keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga
matlamat yang anda ingini dan impikan.
Untuk Mencapai Kejayaan, Anda MESTI Buat 2
Perkara!
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
FIKIRAN
POSITIF, SENTIASA POSITIF
(“THINK POSITIVE, STAY POSITIVE”)
Prof. Madya Dr. Zarida Hambali
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM
• Berfikiran
positif bermakna Anda bersangka baik dengan ikhlas, tak perlu
dipaksa-paksa.
• Bersangka
baik dalam semua keadaan, pada semua orang dan di semua situasi
merupakan pemula kepada langkah kejayaan..
• Sentiasa
Positif / Stay Positif : Berfikir positif saja hanya 20%, tak cukup, yang
selebihnya 80% tu adalah usaha positif.
• Hasil kerja
Dr. Martin Selingman – 3 P / Three P :
- Adakah ia
peribadi ? / Is it personal ?
- Adakah ia
berlarutan ? / Is it permenant ?
- popular expression “This too shall pass. You will see the light at the end
of the proverbial tunnel”.
- Is it the
big picture ?
10 sikap dalam fikiran positif yang paling dominan :
- Optimis
- Semangat, Minat,
- Keghairahan (passion)
- Kepercayaan (Belief)
- Integriti
- Keberanian
- Keyakinan
- Keazaman (Determination)
- Kesabaran
- Ketenangan (Calmness)
- Fokus.
• Mengubah
persepsi negatif di dalam minda ke
persepsi positif dan bagaimana untuk melatih diri Anda supaya sentiasa melihat
pada nilai-nilai positif bermula hari ini :
- Bila bangun
pagi, puji 3 orang yang kita kagumi setiap hari.
- panjatkan
rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang
dilimpahkan ke dalam hidup kita, yang nampak dan yang tak nampak.
- kawal
kata-kata dalam hati dan yang terlintas di dalam minda.
Latih diri untuk memandang pada aspek-apek positif
yang wujud.
- Buat
keputusan muktamad untuk menjadi orang yang berfikiran
positif.
Zarida.H_Public Talks 2008/Jabatan Akauntan Negara 2
- Selalu
bersangka baik pada semua orang, semua keadaan situasi,
perkara, benda dan apa saja.
Anda tidak sedar semua kelebihan diri Anda kerana
Anda tidak pernah mencuba sampai mana tahap pencapaian Anda, setakat mana
sempadan diri Anda.
"WE all are limitless”
We limit ourselves by thinking we can't do, and keep
telling this to ourself, in our MIND that we cant do!
We are what we think
all the time. If you think you CAN'T do, so be
it".
ucapkan ayat ini dengan cukup kuat….
I'll Do What It Takes Till I Touch The Sky.
- Tulis
matlamat Anda dan selepas itu tanya diri Anda
apa yang Anda boleh lakukan untuk mencapainya.
- Tanya diri
Anda bila Anda mahu mencapainya?
No comments:
Post a Comment