Definisi Fatwa
Pada bahasa ia diambil
daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan
menghuraikan hukum permasalahan.
Dari Segi Istilah
Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai
definisi antaranya:
1. Fatwa adalah sebagai
jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan
soalan kepadanya.
2. Fatwa ialah
mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
Peruntukan Mengenai
Fatwa Dalam Undang-Undang
Di dalam Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505],
peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
1.
Maksud
Fatwa iaitu pendapat atas
apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan
pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
2.
Mengenai
bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau
atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau
dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
3.
Sesuatu pernyataan yang
dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu
disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
4.
Sesuatu fatwa yang telah
disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di
negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
5.
Fatwa yang diwartakan
merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua
Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
No comments:
Post a Comment