BERITA SEMASA

TERKINI

Kemasukan prestasi murid ke dalam SPPBS

Tarikh Kemasukan Prestasi Murid ke SPPBS hanya akan dibuka pada 1 April 2014 dan Modul PBS beroperasi melalui SPS. Maklum Balas Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk Kenyataan Akhbar mengenai Penutupan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bertarikh 13 November 2013 dan Isu-isu SPPBS, telah memutuskan bahawa 

  • Kemasukan Prestasi Murid ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang menggunakan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan beroperasi melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
  • Selain Modul PBS akan beroperasi melalui SPS, Operasi Meja Bantuan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah juga akan ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Untuk sementara waktu, prestasi pelajar perlu ditandakan dalam Borang Transit.
  • Tarikh Kemasukan Prestasi Murid ke SPPBS akan dibuka pada 1 April 2014.
Sehubungan Keputusan dan Maklum Balas tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia menyiarkan Pekeliling Kemasukan Prestasi Murid ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang bertarikh 20 Disember 2013. Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan beroperasi melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Tarikh Kemasukan Prestasi Murid ke SPPBS dibuka pada 1 April 2014 bagi tujuan dan untuk tidakan;

  • Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2013 untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Sekolah Rendah.
  • Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2013 untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Sekolah Menengah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pentaksiran PS tahun 2014 untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Sekolah Rendah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PAJSK tahun 2014 untuk Tahun 4 Sekolah Rendah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PS dan PAJSK tahun 2014 untuk Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Sekolah Menengah

Papar atau Muat Turun Pekeliling Kemasukan Prestasi Murid ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)  di KP.LP.002.03.01.6.Jld.3 (42)

Selain Modul PBS akan beroperasi melalui SPS, Operasi Meja Bantuan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah juga akan ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Untuk sementara waktu, Prestasi Murid perlu ditandakan dalam Borang Transit.



MAKLUMAN DARI LEMBAGA PEPERIKSAAN

Semua guru Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, 2013
Sekolah-sekolah Negeri Terengganu.

Dimaklumkan bahawa SPPBS (Rendah) telah dibuka mulai 15 Mac 2013 untuk kemasukan prestasi murid.
Guru-guru perlu melaksanakan:
Guru Besar/Penolong Kanan - Mengemaskini profil (kali pertama login)
Guru Mata Pelajaran (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)
a. Mengemaskini profil (kali pertama login)
b. Mendaftar murid bagi mata pelajaran masing-masing;
c. Melaksanakan kemasukan prestasi murid yang ditaksir mengikut bulan pentaksiran.
*SPPBS (Menengah) akan dibuka untuk akses bermula 19 Mac 2013.
-Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat-
15 Mac 2013

Mohd Nor Awang
Pegawai Meja PBS (Rendah)
JPNT.
17/3/2013



JADUAL UJIAN 1 2013
TAHUN 4 - 6
Tarikh - 10 MAC 2013 ( AHAD )
BM 1 - 9.00 - 10 PAGI
REHAT - 10.15-10.45 PAGI
BM 2 - 11.00 - 12.15 TENGAH HARI
BA - 12.15 - 1.15 PETANG

Tarikh 11 MAC 2013 ( ISNIN )

M3 KERTAS 2  - 8.00 - 8.40 PAGI
M3 KERTAS 1 - 09.00 - 10.00 PAGI
REHAT 10.15-10.45 PAGI
SN - 11.00 - 12.15 TENGAH HARI
JAWI - 12.15 - 1.15 PETANG


Tarikh - 12 MAC 2013 ( SELASA )
BI KERTAS 1 - 8.00 - 8.50 PAGI
BI KERTAS 2 - 9.00 - 10.15 PAGI
REHAT 10.15-10.45 PAGI
PAI - 11.00 - 12.00 TENGAH HARI

* Pengawasan guru adalah mengikut jadual waktu persendirian
* Waktu pulang murid adalah mengikut jadual waktu harian
Sekian dimaklumkan.



07 Mac 2012 - Pasukan bola tampar Perempuan bawah 12 telah berjaya ke peringkat separuh akhir.

06 Mac 2013 - Pertandingan bola tampar MSSDKTS akan diadakan pada hari Rabu 6 Mac 2013 bertempat di SK Wakaf Mempelam bagi kategori Perempuan.


Dimaklumkan bahawa SPPBS dibuka kepada SU Peperiksaan mulai 1 Mac 2013.

Sehubungan dengan itu, SU Peperiksaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut dalam tempoh 1 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013:

a. Mendaftar dan menjana kata laluan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ke SPPBS (kali pertama).

b. Mendaftar kelas dan menjana kata laluan Guru Kelas 2013 ke dalam SPPBS.

c. Mendaftar/Mengemaskini mata pelajaran dan menjana kata laluan Guru Mata Pelajaran 2013 ke dalam SPPBS.

* Menu Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru boleh diakses mulai 15 Mac 2013 setelah segala urusan Daftar Guru oleh SUP selesai.

-Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat-

No comments:

Post a Comment