Semua murid ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Ketahuilah cara-cara bagaimana berjaya dalam pelajaran.
https://drive.google.com/?usp=chrome_app#my-drive
Cara menghadapi 'stress' di tempat kerja
https://drive.google.com/?usp=chrome_app#my-drive
Prinsip Itik Berenang Bagi Pelajar Cemerlang
Jika kita
rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa
hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan
perkara yang sama. Susah , pening dan rasa mahu
putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan
membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan
mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha untuk belajar.
Adik-adik
yang saya hormati sekalian, pernahkah adik-adik melihat itik yang sedang
berenang di dalam kolam atau tasik? Itik-itik itu semua kelihatan berada di
permukaan air dengan tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan
mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu lembut dan indah.
Namun,
tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di
bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua
arah bagi memastikan itik kekal timbul?
Saya baca kisah itik berenang ini di
dalam buku Tuan Fadzli Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku
ini, Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan oleh Tuan
Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut Tuan Nizal, walaupun seseorang
yang BERJAYA itu kita lihat nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya
sedang bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam usaha mereka mencapai kejayaan.
Kita
tidak nampak usaha kerja keras mereka kerana apa yang kita nampak adalah di
bahagian permukaan sahaja, sama seperti itik yang sedang berenang. Itik
kelihatan sedang bergerak tenang di atas permukaan air tetapi sebenarnya di
bawah permukaan air, kakinya bekerja keras mengayuh air agar ia kekal timbul di
permukaan.
Mari
kita lihat prinsip ini pada pelajar cemerlang. Pernahkah adik-adik semua
tertanya-tanya mengapa pelajar cemerlang kelihatan tenang sahaja. Walaupun
mereka cemerlang dalam peperiksaan, mereka masih ada masa untuk masuk pelbagai
persatuan, bertanding dalam aktiviti sukan dan mewakili sekolah dalam banyak
perkara. Adakah mereka tenang kerana semua perkara ini MUDAH sahaja buat
mereka?
SUDAH
TENTU TIDAK!
Sama seperti prinsip itik berenang tadi, pelajar cemerlang juga bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan. Walaupun mereka nampak tenang, fikiran mereka sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencari jalan ke arah kejayaan. Jika pelajar KURANG CEMERLANG rasa belajar itu susah dan memeningkan kepala, pelajar CEMERLANG juga rasakan perkara yang SAMA. Bezanya, pelajar cemerlang teruskan belajar dan bekerja keras kerana mereka tahu, usaha mereka akan membawa mereka ke arah kejayaan. Mereka tidak merungut tentang susah belajar kerana ia adalah sebahagian daripada proses mencapai kecemerlangan. Bayangkan bagaimana kalau itik merungut setiap hari, “Ishhh…susahlah nak kayuh-kayuh air ni…tenggelam sajalah senang!”
Saya ucapkan Selamat Berjaya buat
adik-adik semua dan Selamat Berenang!!
Sumber: motivasibelajar.com
No comments:
Post a Comment