Wednesday, January 22, 2014

11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN



ANJAKAN 1
MENYEDIAKAN  KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA
·         Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik, dan sains dengan standard antarabangsa
·         Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu dan semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2017
·         Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada tahun 2016.
·         Meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan meningkatkan kadar enrolmen kepada 100% menjelang 2020.
·         Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada usia 6+; disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan
·         Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid berkeperluan khas.

ANJAKAN 2
MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BERBAHASA INGGERIS
·         Memperkenalkan kurikulum bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah dengan menyediakan program pemulihan intensif pada peringkat lebih awal untuk membantu murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas peralihan
·         Memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris.
·         Meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris.
·         Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang tahun 2025


ANJAKAN 3
MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI
·         Memperkukuh pendidikanSivik dengan menjadikan khidmat masyarakat sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
·         Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberikan lebih fokus ke atasteras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
·         Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform.
·         Mengukuh dan memperluaskan program RIMUP mulai tahun 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi.



ANJAKAN 4
TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN
·         Mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 dalam kalangan dalam kalangan 30% graduan terbaik.
·         Meningkatkan kualiti pembangunan profesionalisme  berterusan (CPD) mulai tahun 2013 dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.
·         Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran pengajaran mulai tahun 2013 dengan mengurangkan beban tugas pentadbiran
·         Mengukuhkan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai tahun 2016.
·         Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang tahun 2016
·         Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses persijilan mulai tahun 2025


ANJAKAN 5
MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH
·         Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompensi dan memperkukuh proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai tahun 2013
·         Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua/guru besar mulai tahun 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap  meningkatkan keberhasilan murid

ANJAKAN 6
MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN
·         Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang tahun 2014.
·         Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasianke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar
·         Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang tahun 2015 bermula denganSabah dan Sarawak.

ANJAKAN 7
MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA
·         Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1Bestari Net bagi semua 10,000 buah sekolah menjelang tahun 2013.
·         Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal tahun 2013.
·         Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pendidikan jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus

ANJAKAN 8
MENTRANSFORMASI  KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN
·         Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akauntibiliti bagi KPI mulai 2013.
·         Sekurang-kurangnya 2500 lagi personel daripada Kementerian dan JPN ditempatkan ke PPD untuk menyokong sekolah pada tahun 2014.
·         Memperkukuhkan kebolehupyaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013.
·         Memperkukuhkan fungsi utama dan merasionalisasistruktur Kementerian mulai tahun 2016.

ANJAKAN 9
BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS
·         Melengkapkan ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana sarana pelibatan ibu bapa dan akses secara atas talian kemajuan anak-anak di sekolah. (SAPS)
·         Menggalakkan pelibatan PIBG dengan menyediakan input mengenai kurikulum dan kualiti guru mulai tahun 2016.
·         Memperluas model Sekolah Amanah sebanyak 500 buah sekolah menjelang tahun 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi untuk membiayainya.

ANJAKAN 10
MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT
·         Mengaitkan setiap program bagi memkepada keberhasilan murid adalah jelas dan merasionalisasikan program berimpak rendah pada setiap tahun selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan kearah Bujet Berasaskan Keberhasilan (OBB).
·         Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi  dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran guru dan latihan.

ANJAKAN 11
MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG
      Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai tahun 2013.
      Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambil kira perkembangan persekitarannya.



No comments:

Post a Comment